Thursday, April 06, 2017

Punca Bengkak SuSu dan Tips Atasinya

7 punca berlaku bengkak susu:

1. Lambat memulakan penyusuan kali pertama. (Late on set on breastfeeding)

Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara, sekaligus menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk menyusu apabila keadaan payudara membengkak.

2. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch)

Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu.

3. Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap. (Inadequate feeding/pumping).

Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan pada waktu yang sesuai maka susu ibu tidak keluar dengan lancar. Jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat. Sesi memerah paling sesuai untuk memastikan kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak susu adalah setiap 2-3 jam sekali.


4. Penyusuan berjadual. (Scheduled feeding).

Penyusuan berjadual boleh menyebabkan bengkak susu dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu. Sebetulnya, bayi perlu menyusu mengikut signal-signal yang diberikan oleh bayi sendiri, seperti apabila tidur bayi mula terganggu, bayi mula mengecap-ngecap dan menghisap bibir/jari. Menangis adalah tanda paling akhir.
Apabila bersama bayi, amalkan penyusuan on demand iaitu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan bayi, bukannya melihat kepada jam. (Watch the baby, not the clock).

5. Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara. (5 or 10 minutes rules on each breast).

Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Selepas itu, barulah ibu susukan bayi di sebelah payudara lagi. Kerap menukar payudara (switch sides) semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap belah payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu. Ia juga menjadi sebab bayi tidak menerima kandungan lemak dalam susu (hindmilk) yang cukup.

6. Tertinggal sesi memerah. (Skip pumping session)

Bagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat, sesekali anda pernah tertinggal sesi memerah kerana batasan tugas dan waktu di office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.

Secara fitrah, badan ibu sudah ada rutin penghasilan dan pengeluaran susu mengikut demand bayi (sekerap 1-2 jam sekali dan mengikut jadual memerah yang tetap). Pada waktu itu, badan akan mula menghantar signal seperti payudara rasa berdenyut-denyut atau susu mengalir keluar (leaking) kesan dari hormon oksitosin dan otot payudara yang mula mengecut untuk mengeluarkan susu. Jika sesi memerah tidak dilakukan, saluran susu akan mula membengkak dan tersumbat.

7. Pam susu. (Breast pump).

Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar.

Contoh: Medela Freestyle ada 3 saiz corong.  Saiz M (24mm) default size, extra shield yang diberi bersaiz L (27mm). Saiz yang lebih besar adalah XL (30mm). Tukar ke saiz yang lebih besar jika perlu. Sewaktu memerah, anda sepatutnya tidak merasa sakit dan pedih pada bahagian nipple.

Keadaan pam susu atau bahagian tertentu pada pam susu yang sudah rosak (breast pumps / parts malfunction) juga boleh menyebabkan kadar sedutan pada pam tidak mencukupi untuk mengeluarkan susu dengan efektif. Periksa semula bahagian-bahagian pada pam susu untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik sebelum memerah.

Saya juga pernah mengalami bengkak susu yang teruk (severe engorgement), sampai demam-demam tau. Hasil dari bengkak susu itu menyebabkan saya mengalami ketulan pada bahagian pada payudara. Berikut adalah steps yang saya lakukan untuk menghilangkan bengkak dan ketulan susu itu.

TIPS MENGHILANGKAN BENGKAK SUSU:

1. Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian breast. Semasa mandi, buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian breast dengan sedikit pressure di bahagian ketulan (jika ada).

2. Isi air panas dlm botol storage susu. Golek-golekkan di bahagian ketulan sambil urutan pada breast. (Hot compress)

3. Lakukan urutan dari atas ke bawah, arah tampuk hitam (areola) di seluruh breast.

4. Susukan bayi sekerap mungkin. Golekkan botol air panas tadi pada kawasan bengkak/ketulan sepanjang penyusuan. Selang selikan dengan urutan pada breast.

5. Jika bayi sudah kenyang atau sudah tidak mahu menyusu, pam sekerap mungkin sehingga ketulan/bengkak surut (2 jam sekali dengan sedutan yang rendah). Golekkan botol air panas tadi sepanjang mengepam. Selang selikan dengan urutan pada breast.

6. Elakkan ais buat masa ini, tambahkan pengambilan AIR SUAM 1 gelas 300-350ml setiap 1 jam.

7. Saluran susu yang membengkak / berketul, akan menghalang aliran susu keluar dengan laju. Sebab itu aliran susu menjadi perlahan apabila menggunakan breastpump. Kuantiti perahan juga menjadi sedikit disebabkan bengkak susu.

8. Hot compress/massage membantu melegakan bengkak dan meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.

9. Jika kelihatan merah-merah pada kulit di bahagian payudara yang bengkak atau ketulan susu, ini tanda-tanda anda mengalami radang payudara. Gunakan cold compress (tuam dengan tuala sejuk/ botol storage berisi air sejuk (iced water)) selama 10-15 minit dulu sebelum hot compress untuk menghilangkan radang.

10. Jika anda mengalami radang payudara, saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.

Penyelesaian bengkak susu saya pada waktu ini adalah step 1-8. Tetapi yang terakhir yang terus menghilangkan ketulan itu adalah hisapan bayi saya sendiri kerana hanya bayi mempunyai kuasa sedutan yang sesuai untuk melancarkan semula aliran susu. Jadi, jika anda bersama bayi anda, kerapkan direct feeding untuk mengelakkan masalah seperti ini.

Jika tiada bayi bersama atau EP mom, amalkan urutan payudara setiap kali sebelum dan selepas memerah untuk mengelakkan bengkak susu.

Selain daripada tips di atas,,anda juga boleh mencuba supplement yang dapat kurangkan masalah bengkak susu iaitu dengan Lecithin Shaklee...

Lecithin tidak menyebabkan susu badan anda mencurah-curah

Tapi Lecithin membantu mengurangkan "Bengkak Susu"

Saya doakan penyusuan anda dipermudahkan Allah.

Testimoni:






BAGAIMANA NAK DAPATKAN LECITHIN SHAKLEE?

Anda boleh dapatkan secara online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Klik gambar di bawah..


BAGAIMANA BELI SHAKLEE HARGA MURAH?

Ingin dapatkan Diskaun Harga Ahli 15%-33% (mengikut jenis produk), daftar sekarang sebagai ahli Shaklee. Dan nikmati potongan harga yang menjimatkan

Klik Di Sini Untuk Daftar Sebagai Ahli Shaklee


lepas anda klik link tersebut, anda scroll ke bawah sekali dan klik “JOIN NOW”. Isikan butiran anda disitu....

Anda juga boleh hubungi saya untuk membuat order atau pendaftaran.

Hubungi saya, http://wasap.my/60174805670



No comments:

Post a Comment