Wednesday, March 22, 2017

Tips Cepat Sembuh Bersalin Secara Pembedahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah,,kerana diberi kesihatan yang baik.... Begitu juga dengan pembaca saya harap pembaca juga diberi kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tersayang..... Hari ini nak kongsi tips cepat sembuhkan luka bersalin secara pembedahan...

Saya juga mempunyai pengalaman bersalin secara pembedahan... Siapa kan yang tak nak bersalin secara normal, tetapi kita hanya merancang dan meminta kepada yang Maha Esa, tapi Allah juga merancang yang mana terbaik untuk kita.... Dalam kandungan lagi baby saya sonsang,... Kejap dalam kedudukan kepala dibawah, sekejap di atas... Tetapi bila nak sampai due date baby saya kembali sonsang, terpaksa la bersalin secara pembedahan... Alhamdulillah, baby selamat, doktor kata baby saya, sonsang, tali pusat terbelit dan lemas....Dengan kuasa Allah baby saya selamat... Bersyukur sangat- sangat...
Saat melahirkan anak adalah pengalaman yang paling bermakna bagi seorang ibu. Pastinya para ibu tak sabar-sabar ingin melihat wajah bayi yang mendiam dalam perut selama 9 bulan lalu kan...

Namun, proses berpantang selepas bersalin adalah agak mencabar terutamanya bagi ibu-ibu yang melahirkan anak dengan kaedah pembedahan atau cesarean(C-sect).

Kita memerlukan lebih banyak masa untuk memastikan luka betul-betul pulih berbanding dengan luka bersalin normal.

Berikut adalah 5 petua untuk mempercepatkan proses pemulihan supaya kita boleh cepat sembuh dan menghabiskan masa dengan bayi yang memerlukan sepenuh perhatian dari ibunya.

1.0 Banyakkan Masa Untuk Berehat

Cesarean dikategorikan sebagai pembedahan major. Sama seperti mana-mana pembedahan major yang lain. Tubuh memerlukan masa untuk pulih kembali. Biasanya ibu akan ditahan di wad selama 3 ke 4 hari selepas pembedahan. Lebih lama jika ada komplikasi.

Berikanlah masa sehingga 6 minggu kepada badan kita untuk kembali pulih sebelum melakukan rutin harian yang biasa.

Cakap memang mudah. Memang diakui susah untuk hanya berbaring sahaja di katil sedangkan bayi mengharap sepenuh perhatian dari si ibu.

Kita selalu dengar nasihat dari orang tua. Berehatlah atau tidurlah sekali bila bayi kita tidur. Cuba tidur bila-bila masa sahaja bayi kita tidur. Ini amat membantu.

Tak perlu bersusah payah melayan tetamu jika kita rasa tidak larat. Berehatlah sahaja di katil. Mereka tentu akan faham dengan situasi kita.

Minta bantuan dari suami atau keluarga sekiranya ingin menukar lampin atau membuang air.

2. Manjakan Diri Sepanjang Tempoh Ini

Kita perlu lebih berhati-hati bila melakukan sebarang pergerakan. Elakkan naik dan turun tangga selagi boleh. Letakkan barang keperluan berhampiran dengan kita supaya kita tak perlu bangun dan bergerak dengan kerap.

Jangan angkat sesuatu yang lebih berat dari bayi kita. Mintalah bantuan dari pasangan atau keluarga untuk melakukannya. Setiap kali bersin dan batuk, pastikan kita memegang perut untuk melindungi kawasan luka pembedahan.

Kita perlu tunggu biasanya sehingga minggu ke lapan (2 bulan) untuk melakukan rutin harian seperti biasa. Rujuklah doktor jika anda rasa sudah boleh kembali bekerja, memandu dan sebagainya.

Bersabarlah dari melakukan hubungan seks sehingga doktor memberikan lampu hijau buat anda dan pasangan.

Elakkan senaman berat tetapi senaman dengan berjalan perlahan-lahan sangat digalakkan secara kerap. Gerakan ini akan membantu tubuh untuk pulih, mencegah sembelit dan darah beku.

Kita juga perlu mengawal emosi seperti juga fizikal. Jangan dilupa kesihatan emosi perlu stabil. Ibu perlu beradaptasi dengan kehidupan selepas bersalin terutamanya dalam tempoh berpantang. Menjaga bayi memang akan mudah berasa letih, sedih dan kadangkala terlalu sensitif dengan orang sekeliling. Berkongsilah dengan pasangan atau ahli keluarga jika perlu. Luahkan emosi untuk ketenangan minda.

3. Waspada Dan Tahu Bila Masa Untuk Hubungi Doktor

Kita mungkin akan berasa tidak selesa dan sedikit pedih di tempat luka. Mungkin juga akan terjadi pendarahan dan lelehan di kawasan itu sehingga 6 minggu. Itu adalah normal. Tak perlu gusar.

Namun, sekiranya terdapat gejala-gejala berikut, jangan berlengah lagi untuk berjumpa doktor kerana mungkin berlakunya jangkitan kuman:

Kemerah-merahan
Bengkak atau nanah meleleh dari luka
Rasa sakit di sekitar kawasan luka
Demam yang lebih daripada 100.4 darjah Fahrenheit atau 38 darjah Celcius
Bau faraj yang kuat dan tidak menyenangkan
Pendarahan yang banyak keluar dari faraj
Kaki kemerah-merahan atau bengkak-bengkak
Mengalami kesukaran bernafas
Rasa sakit dada
Rasa sakit di bahagian payudara

Hubungi doktor jika anda berasa sedih dan mood tak menentu terutamanya jika mempunyai pemikiran untuk mencederakan bayi. Itu adalah sindrom kemurungan/meroyan (pos-partum depression).

4. Fokus kepada Pemakanan Yang Baik

Pemakanan yang baik adalah rahsia kepada kesihatan yang baik. Sama sahaja pentingnya untuk menjaga pemakanan semasa pantang dan semasa tempoh kita hamil.

Lebih-lebih lagi jika kita menyusukan bayi. Kita adalah masih sumber utama bayi untuk nutrisi. Makan pelbagai jenis makanan sihat akan membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh bayi. Sekaligus membantu bayi untuk kekal sihat dan menguatkan tubuh.

Kajian menunjukkan bahawa makan sayur-sayuran semasa menyusu akan memberikan rasa (flavour) dalam susu ibu. Ini akan meningkatkan keseronokan untuk bayi dan meningkatkan jumlah penyusuan susu ibu oleh anak.

Kita juga perlu minum banyak air. Ibu berpantang memerlukan cecair tambahan untuk meningkatkan bekalan susu badan dan untuk mengelakkan sembelit.

5. Pengambilan Multivitamin Untuk Segera Sembuhkan Luka

Anda juga disarankan untuk mengambil diet yang kaya dengan zink dan zat besi untuk memulihkan luka pembedahan dengan cepat. Untunglah di zaman kita sekarang ini, pengambilan multivatimin amat membantu.

Pengambilan Set Berpantang Shaklee sangat membantu.Vitamin seperti Vitalea yang kaya dengan Zat besi amat perlu memandangkan kita banyak kehilangan darah ketika bersalin. Begitu juga dengan Zinc Shaklee yang amat berkesan menyembuhkan luka pembedahan dengan lebih cepat.




MACAM MANA NAK DAPATKAN SET BERPANTANG SHAKLEE?

Anda boleh dapatkan secara online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Klik gambar di bawah



BAGAIMANA BELI SHAKLEE HARGA MURAH?

Ingin dapatkan Diskaun Harga Ahli 15%-33% (mengikut jenis produk), daftar sekarang sebagai ahli Shaklee. Dan nikmati potongan harga yang menjimatkan


Klik Di Sini Untuk Daftar Sebagai Ahli Shaklee


lepas anda klik link tersebut, anda scroll ke bawah sekali dan klik “JOIN NOW”. Isikan butiran anda disitu....


Anda juga boleh hubungi saya untuk membuat order atau pendaftaran.


Hubungi saya, http://wasap.my/60174805670





No comments:

Post a Comment