Thursday, March 23, 2017

Atasi Jerawat Dengan Set Kecantikan Asas Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Siapa yang tak pernah ada jerawat... Kebanyakkan semua orang tidak kecuali menghadapi masalah jerawat... Cuma serius atau tak ja kan... Jom saya nak kongsi punca yang menyebabkan jerawat senang naik... Bila kita tahu punca masalah jerawat kita, senang la untuk kita jaga, sama ada dari segi pemakanan, kebersihan atau pemilihan produk kecantikan..

PUNCA MASALAH JERAWAT 
1. Masalah hormon

Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.
2. Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan

Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian

Pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih.

Jom atasi masalah jerawat dengan produk dari bahan semulajadi, selamat digunakan dan mendapat kepuasan yang setimpal dengan hasil yang bakal kita dapat....

Kenapa masalah jerawat ni, menjadi masalah yang sangat serius kepada kita?? 

Sebabnya, jerawat ni yang jadikan kita rasa rendah diri, tiada keyakinan untuk berhadapan dengan kawan-kawan atau ahli keluarga.... Perasaan malu juga akan wujud dalam diri bila kita bandingkan diri kita dengan orang lain... 

In Sha Allah, jika anda ingin kelihatan cantik tanpa jerawat, saya boleh bantu anda.. Saya boleh cadangkan anda yang hadapi masalah jerawat untuk baiki dalaman dahulu iaitu dengan amalkan pengambilan vitamin.. Set kecantikan asas seperti vitamin C, Vitamin E dan juga Vitamin B.... 

Jom saya jelaskan apa yang bagus dengan set kecantikan asas ni....​
Sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan kulit wajah dengan budget yang rendah, antara set asas yang selalu digunakan adalah Vitamin B, C dan Vit E.

Jom kita baca FUNGSI SET ASAS/BAJET KECANTIKAN dengan harga mampu milik ni.



1) VITAMIN C :
πŸ’Membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan.
πŸ’ Bertindak sebagai antioksidan pencegah kanser.
πŸ’ Mencerahkan kulit.
πŸ’ Meningkatkan dan merangsang hasilan kolagen kulit agar kelihatan kenyal serta halus.
πŸ’ Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

2) VITAMIN E :
πŸ‘‰Kulit kelihatan segar dan nampak muda.
πŸ‘‰Kulit dilindungi dari sinaran ultra ungu.
πŸ‘‰ Kulit kelihatan lembap.
πŸ‘‰ Melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas

2) B-COMPLEX :
😘 Bantu pengeluaran antibodi badan.
😘 Bantu bina protein dalam tubuh.
😘 Bantu mengawal tekanan.
😘 Bantu elak pigmentasi pada kulit.
😘 Bantu kelembapan kulit.
😘 Bantu bebaskan tenaga dalam makanan yang dimakan.
😘 Melambatkan proses penuaan.
😘 Membantu mengurangkan jerawat.
😘 Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah dan hormon

Jika anda mempunyai bajet yang lebih anda juga boleh tambah ESP Shaklee untuk menggantikan sel kulit yang rosak dengan sel kulit yang baru....kulit akan lebih bersih,,berseri, dan licin....

TESTIMONI



BAGAIMANA NAK DAPATKAN SET ASAS KECANTIKAN SHAKLEE?

Anda boleh dapatkan secara online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Klik gambar di bawah..


BAGAIMANA BELI SHAKLEE HARGA MURAH?

Ingin dapatkan Diskaun Harga Ahli 15%-33% (mengikut jenis produk), daftar sekarang sebagai ahli Shaklee. Dan nikmati potongan harga yang menjimatkan


Klik Di Sini Untuk Daftar Sebagai Ahli Shaklee


lepas anda klik link tersebut, anda scroll ke bawah sekali dan klik “JOIN NOW”. Isikan butiran anda disitu....


Anda juga boleh hubungi saya untuk membuat order atau pendaftaran.


Hubungi saya,
 http://wasap.my/60174805670


3 comments:

  1. Sy memang mudah sangat diserang jerawat. Syukur bila ambil set jerawat shaklee, masalah jerawat semakin kurang..ESP wajib!

    ReplyDelete
  2. Sy jerawat besar2 mmg xpernah..blackhead kat hidung ja masalah..tp sejak amalkan set kulit blackhead sng dah nak bersihkn..pori pn semakin kecil

    ReplyDelete
  3. Yg nk cantik.. hati2 dgn produk kecantikan yg anda mkn.. kmi cuma percayakn vitamin shaklee.

    ReplyDelete